Search This Blog

Monday, August 31, 2009

video ; 1K 2007 Dalam Kenangan



party hujung tahun. CAKE FIGHT !






this one entah bila. HAHA.


enjoy ;).
siapa2 yang ada simpan videos or photos masa kita form 1 & 2, sound2 la ahh. kumpul sebelum kita berpisah time naik form 4. *no more kelas arab. huhu. :P

Sunday, August 23, 2009

abiman's candid


candid candid.
abiman sma wifey.
and ada jumpa ketua mafia.
haha gurauan semata-mata.
selamat berpuasa.
:)

Hepi Birthday Zaki


عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Muhd Zaki bin Aliman

24 Ogos 1994

Happy Birthday to you.



Saturday, August 22, 2009

HUHUHU

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...-Allahyarham Ust Asri Rabbani...Al-Fatihah buat beliau-

Klinik PBSM 2009


Klinik ini hanya diwakili oleh 4 daripada 10 orang pelajar 3K yang join PBSM..Termasuk yang post benda ni ponteng..

Puasa Tau.........

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

JANGAN CURI2
..... JANGAN KEJA ..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA
.........

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa


Selamat Menyambuat Ramadhan Al-Mubarak...



"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Wednesday, August 19, 2009

Coretan Buat Bakal Isteri

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

Sunday, August 16, 2009

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR-1 SMK Labuan 2009


GOOD LUCK !
-break a leg-.

حظ سعيد


3K'09-9A's

video persembahan kumpulan العنب mukhayyam arabie 2009.

video persembahan kumpulan ا لعنب masa majlis penutupan MUKHAYYAM ARABIE 2009.



warga 3K dlm video :

  • asfaniza chyne buntitit (yang menyanyi2)
  • fathini (salah seorang backup dancer *HAHAHA mari ketawa sama dia)
  • Saturday, August 15, 2009

    Studi.........




    Lepas studi di library isi perut di PIZZA HUT...huhu

    Wednesday, August 12, 2009

    Kita Berbeza Tapi Kita Ada Keistimewaan Tersendiri

    LELAKI
    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
    BERATKAN?
    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
    begitu isteri boleh membantu.
    Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
    lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
    Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
    Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
    Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
    Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
    kira-kiranya.

    WANITA :
    Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
    Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
    Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
    Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
    Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
    Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
    Pernahkah kita lihat sebaliknya??
    Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
    Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
    Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
    saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
    mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
    org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
    Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
    Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

    MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
    Hal tafham ya shabaab? Yajibu antum an tahfazu jayyidan lana.

    Kota Yang Tidak Akan Musnah

    Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
    Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

    "Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
    "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
    "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
    "Segera katakan apakah itu." Desak raja.
    "Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
    Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

    Janji-Janji Manis Syaitan Laknatullah

    Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

    Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

    Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

    Bagaimanakah caranya?

    1. Membuka Bahagian Tangan

    Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

    "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

    Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

    Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

    2. Membuka Leher dan Dada

    Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

    "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

    Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

    3. Berpakaian tapi Telanjang

    Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

    Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

    Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

    4. Agak Terbuka Sedikit

    Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

    "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

    Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

    5. Tudung Semakin Kecil

    Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

    Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

    6. Terdedah

    Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

    Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

    7. Membuka Seluruh

    Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

    Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

    Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

    Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

    Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

    "Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..

    "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

    Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

    Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

    Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

    Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

    Tuesday, August 11, 2009

    Coretan Buat Adam

    Adam,
    Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

    Adam,
    Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

    Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

    Adam,
    Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

    Adam,
    Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

    Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?


    Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

    Adam,
    Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

    Adam,
    Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

    Adam,
    Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

    Adam,
    Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

    Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

    Adam,

    Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.

    Wallahualam.

    Buat Sang Adam, Ikhlas dari Hawa...

    Saturday, August 8, 2009

    Bacalah

    Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu
    kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
    ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

    Sang guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri
    saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini,
    maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah
    "Pemadam!"


    Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian
    mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

    Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
    Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
    saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

    Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,
    dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
    sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
    Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

    "Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang
    bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian,
    musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk
    menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

    Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana
    terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat
    laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
    Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan
    etika."

    "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak
    lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum
    nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya
    hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda
    sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
    "Paham cikgu..."

    "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu
    akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.
    Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah
    tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif
    dengan
    tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar,
    digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak
    memijak karpet.

    "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam
    tidak akan memijak-mijak anda dengan terangterang... Kerana tentu anda akan
    menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau
    Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
    perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

    "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
    Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

    Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu,
    tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi
    dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
    dihancurkan..."

    "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
    terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

    Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
    meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
    mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

    "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang
    dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani
    terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu
    mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan
    lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

    "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
    akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan
    bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

    "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa
    dahulu sebelum pulang..."

    Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat
    belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

    Banyak iktibar yg boleh kita ambik dr cerita di atas, insya Allah...

    Pesan Atok LEbih Bermakna

    ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
    hidup panjang lagi,
    dah tua nanti tobatlah.
    ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
    tapi belum tentu masih panjang lagi,
    entah esok lusa Izrail datang menjemput.
    AKU RASA.. betul jugak tu..


    ORANG KATA.. exams tu susah,
    kena banyak sacrifice,
    constant study..past year papers..etc..etc..etc..
    ATUK KATA.. exams tu senang aje,
    dah ada tarikh untuk diuji,
    dah ada syllabus untuk diikut,
    kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
    byk pula tu peringkat ujiannya,
    Munkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide..
    AKU RASA.. betul jugak tu..


    ORANG KATA.. have fun on your birthday,
    panggil kekawan and sedara mara,
    berpartylah sepanjang malam,
    make it a memorable one!!
    ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
    hampir setahun dengan kematian,
    setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
    AKU RASA.. betul jugak tu..


    ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
    beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
    baru hati puas!
    ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
    dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
    dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
    dah cukup zikir untuk santapan rohani?
    dah cukup amal nak ¿book¿ tempat Al-Firdaus?
    AKU RASA.. betul jugak tu..


    ORANG KATA.. successful people have a good time
    management,
    ada bisnes di kl, new york, tokyo..
    masih sempat berkempen utk pilihanraya,
    masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
    masih sempat pasang perempuan 2-3,
    baru orang boleh respect!
    ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
    ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
    ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
    ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
    sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
    WALLAHU ALAM!

    Friday, August 7, 2009

    Syaaban Meninggalkan Kita dan Ramadhan Kembali Semula

    Assalamualaikum wrt.. Alhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah s.a.w
    Amma ba'du. Saudara-saudaraku yang dikasihi, Ramadhan akan menjelma lagi. Sekiranya dikurnia umur yang panjang, insyaAllah kita akan berada di bulan mulia ini untuk kesekian kalinya. Bertuah sungguh rasanya andai diri kita yang hina dan kotor ini dipilih juga oleh Allah untuk menikmati Ramadhan.
    Jauh sekali bezanya jiwa kita dengan para pencinta Allah. Mereka sentiasa merindui hadirnya Ramadhan, sedang kita.. Ah, malu rasanya untuk akhi teruskan. Sama-samalah kita muhasabah diri. Akhi dan antum, kita semua sering lalai dari mencintai Allah. Sehingga hadiah yang sungguh bernilai ini; kedatangan Ramadhan, seakan-akan biasa sahaja bagi kita.
    Para pencinta Allah, hati mereka girang sekali menyembut Ramadhan. Bulan untuk mereka bermesra semesranya dengan Allah. Bulan yang menambah eratkan hubungan mereka dengan Allah. Manis sekali mereka beribadah di malam hari, lebih-lebih lagi di sepuluh akhir Ramadhan.
    Sahabat-sahabat akhi,
    Sejauh manakah sebenarnya cinta kita pada Allah. Hadiah yang diberi oleh kekasih kita di dunia ini, kita jaga, kita simpan, kita hargai begitu sekali. Sedangkan Ramadhan adalah hadiah daripada Allah. Adakah kita tidak merasai betapa Allah kasihkan kita? Kenapa hati akhi dan kita semua keras membatu. Sering sahaja kita ungkap kata cinta pada Allah, tapi sejauh mana istiqamahnya kita dengan cinta yang hadirnya hanya dari bibir.
    Kita kata kita cintakan Allah, namun berapa ramai antara kita yang tidak istiqamah bahkan ada juga yang berat sekali mahu berjemaah di masjid atau surau? Berapa ramaikah juga antara kita yang mengaku cintakan Allah, namun jarang sekali bersengkang mata di sepertiga akhir malam untuk berduaan dan bermesra dengan Allah?
    Berapa ramaikah juga antara kita yang mengaku akan Maha Berkuasanya Allah, namun jarang sekali mengadu kelemahan dan kekurangan diri padaNya?
    Saudara-saudara akhi filLah,
    Akhi harap sangat agar kita tidak pantas melihat kekurangan yang ada pada kawan2 yang lain. Bahkan, akhi menyeru kita semua, terutama diri akhi sendiri untuk kita nilaikan sejauh mana benarnya cinta kita padaNya. Sejauh manakah hadiah Ramadhan ini kita hargai. Ramadhan tahun lalu, akhi pasti ramai antara kita yang mendengar kata-kata “mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita tuan-tuan, tiada jaminan untuk kita kekal untuk berjumpa Ramadhan akan datang”. Mungkin dari lidah ustaz-ustaz di masjid, atau surau. Atau pensyarah atau guru agama. Atau mungkin dari lidah kita sendiri.
    Nah, sekarang ternyata Allah masih memberi kita peluang untuk menikmati Ramadhan. Marilah kita hargai sepenuh hati kita. Lipatgandakan amal kita seqadar mana yang kita mampu. Rugi sekali andai Ramadhan ini berlalu tanpa erti seperti mana Ramadhan kita yang lepas-lepas. Amal sunnah diganda fardhu, yang fardhu diganda 50 kali. Aduhai, Maha Rahmannya Allah. Semoga kita semua benar-benar menghargai nikmat ini, dan semoga kita cemerlang di madrasah Ramadhan kali ini. Amin Amin Amin..