Search This Blog

Thursday, March 18, 2010

Allahu Akbar....................Maha Suci Allah......

Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari,dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar buruk gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang.

Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.

''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke Kota Makkah dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. -Riwayat Muslim.

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata".
(surah As-syura ayat 27)

Sekali Lagi Sang Editor mengUPDATE blog.....


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Wednesday, March 17, 2010

Bile Sang Editor Berceloteh..hehehe

r

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim
Pertama sekali marilah kita merakfa'kan kesyukuran kepada Rabbul Izzati kerna sehingga detik ini masih lg kita dpt hidup di atas dia atas buminya ini..
Yang kedua..selawat serta salam buat junjungan mulia Rasullah S.A.W kerna berkat perjuangan baginda masih lg kita dpt merasa nikmat Islam dan nikmat Iman...
Tetapi manusia skrg bnyk mensia-siakan nikmat masa lapang dan nikmat sihat...
sebenarnya xtau nk tulis pe...Admin suh update so update je la...K la..cter skit pergerakkan hidup pljr 3K...3org pljr 3K dh msuk SBP..antaranya Siti Nabihah (SMSL) dan ditemani oleh Muhammad Salihin (SMSL)...sorg lg terlps agak jauh ke klang...Abdul Hafiz (KISAS SBT..hehehehe)
Yg p Sekolah Teknik dgr cter Fathini (Branch Ganu)..Are Peace (Labuan) n Zaki (Sabah)..Yg len smuanya setia pd skulah lama...hohhoh..eh ada lg...c Nyna kembali ke skulah lamanya..walaupun kami berjauhan..but UKHWAH FISABILILLAH kami tetap terjalin..klau x..xde la kami pgl family 3K...heheh
ehehhehehe....

Sedekit tazkirah...Sahabat..ingtlah tujuan kita dijadikan Allah...tujuan manusia dicipta bukan tuk 'ENJOY' seperti dlm sebuah sitkom tu..tp tujuan manusia dicipta ada 3 iaitu :

a) Khalifatullah ; kita merupakan khalifah di muka bumi ini wahai kwn2..
b) Daieyallah ; kita merupakah pendakwah..sabda Rasulullah mafhumnya 'ingatilah walaupun hnya satu ayat'..jd kita dikira berdakwah walaupun kita hnya ucpkan satu ayat..tp mengajak ke arah kebaikan la..
c) Abdillah ; kita hamba Allah yg tersgt lemah...firman Allah 'aku jadikan manusia dan jin itu tidak lain hanya untuk beribadah kepaku'

Jadi kwn2....renungkan la...adakah kita cukup sempurna??
Kesempatan ini sya ingin mengajak kwn2 supaya bersama berjuang menegakkan daulah ISLAMI dan hidupkan sunnah Rasullah..Cinta kepada Rasulullah tidak semestinya kita berarak pada hari kelahiran baginda..tetapi selawat ke atsnya...



Sekian diharap segala yg diperkatakan dpt dijdkan teladan...Ana bukanlah seorg yg ALIM tetapi ana juga insan biasa yg masih lg mencari ilmu...mencari mutiara2 yg terdapat d KISAS...

Sekian, Wallahu a'lam








Tuesday, March 16, 2010

Khatamun Nubuwah

Apakah Khatamun Nubuwwah?
Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;

1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman."


Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah cukup sekadar dengan mencetak dan menampalnya ke dinding? Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC? Yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.



Bagaimana?

Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.

Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."


Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya
."


Amalan Khatamun Nubuwwah
Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah.
Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita

اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ
Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya


(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita

محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُ
Muhammad itu hambanya dan utusannya


(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan
تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْت
berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki


(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri

فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ
maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)


Dalam perubatan islam , ayat ini dibaca lalu ditiup pada tapak tangan lalu ditunjukkan kepada pesakit, ini adalah salah satu kaedah pancaran tapak tangan yang sering digunakan.(Rujuk pengamal perubatan islam untuk lebih lanjut)