Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Sekitar Keputusan PMR 2009.



nahhh sorry lambat, *apish suruh sya scan, tp lmbt bagi paper. haha cmna jugak tu? :P

anyway, congratulations to all 3 KAA 2009 students.

terutama Abdul Hafiz bin Zakaria, 9A's, pelajar cemerlang SMK Labuan dan paling cemerlang di Labuan.

Thanks to all teachers who teach us since 2007 till the end of PMR.

"jasamu dikenang"

ahahx.

to the 3 Kerekksss Crew, ke mana juga hala tuju kamu lepas ni , good luck, do your best, keep in touch, and most of all, always remember Allah. :)

ingat pesan ustazah Marzia, "jaga diri, hiasi peribadi, ingat Allah selalu". hehe.

don't forget the date, 2019 yeahh. :DD





love,
nbha.

Thursday, December 17, 2009

Kalaulah kamu wanita muslimah...

1. menutupi seluruh badan.
2. tebal: tidak nipis sehingga menampakkan warna atau bayang apa yang ditutup.
3. bukan menjadi hiasan: hijab itu sendiri menjadi perhiasan yang menarik perhatian lelaki apabila memandangnya.
4. longgar: tidak ketat yang menampakkan bentuk badan dan tempat-tempat yang menjadi perhatian kaum lelaki untuk memandangnya.
5. tidak memakai wangian: yang boleh menarik perhatian lelaki.
6. tidak menyerupai pakaian lelaki.

Persoalan:

1. di mana harga diri seorang wanita? yang diibaratkan seperti permata atau hanya plastik yang boleh diperolehi dengan harga yang sangat murah..
2. masih adakan perbezaan antara wanita yang mengaku muslimah dengan yang bukan muslimah?
3. meninggalkan dengan sengaja, mengakui akan hukumnya atau ingkar?
4. perhiasan muslimah atau jahiliyah?

fikir2 kanlah...

Mangkuk, Madu dan Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
- Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
- Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". -Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
- 'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
- Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
- Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
- Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
- Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

10 sebab doa ditolak

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman; bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.

5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu kesyurga.

6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

Mari muhasabah diri kita..


p/s Dipetik dari buku nota Arab 3K

Kelebihan Surah Yassin

SURAH YAASIIN
Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

Fahamilah Cinta..

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah janji-Nya yang benar yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
CINTA???


Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "


* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..

7 Pahala diterima selepas mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

6 Cara memilih sahabat

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan;

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Keenam, sahabat yang bila engkau memandangnya akan mengingatkan dirimu pada Allah S.W.T.. Maksudnya dapat mengingatkan dirimu untuk meningkatkan amalan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Roh meninggalkan jasad

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda s.a.w.terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali.

Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah s.w.t berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya.

Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah s.w.t, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah s.w.t, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah s.w.t, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka.

Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah s.w.t, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah s.w.t, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Marilah sama2 menyucikan hati dan meningkatkan amalan kita.. semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah dariNya.. Amiiin.

Bicara Hati

MR.IMAN BERDIALOG

Ikutilah dialog antara Mr Iman dan Mr Diri

Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..
Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma’thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Waalahualam..

Thursday, December 10, 2009

Kemasukan ke Tingkatan 4 SM Teknik dan Vokasional Sesi 2010

carta aliran arah tuju selepas tamat pelajaran teknik dan vokasional.

Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan kursus-kursus dalam 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran
kepada pelajar lepasan PMR 2009.

Manakala Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahaja
iaitu vokasional dan kemahiran.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) kini sedang memberi fokus kepada perluasan aliran vokasional dan
kemahiran berdasarkan permohonan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Sehubungan dengan itu aliran teknikal
dikurangkan untuk memberi laluan kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran. Ini bermakna bilangan SMT akan
dikurangkan, sementara bilangan SMV akan bertambah secara berperingkat sejak tahun 2008 lagi.




SYARAT-SYARAT UMUM

* Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

* Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2009.
-Dilahirkan dalam tahun 1994 atau selepasnya.

* Kesihatan mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Perkara-perkara berikut perlu diambil kira. Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy),
yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.

*Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta
kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran
Kemahiran) mestilah TIDAK RABUN WARNA.



  • klik SINI untuk melihat senarai Sekolah Menengah Teknik Vokasional (SMTV) di seluruh Malaysia.
  • untuk membut permohonan online kemasukan ke SMTV sesi 2010. sila klik SINI.

3K Outing 09 Dec



3K@UK.

video time jalan di UK.



♥;biha.:)

Tuesday, December 8, 2009

Coretan Seorang Hamba





Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

Aku tadah tanganku
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu

Aurat Daripada Perspektif Fizik


@{---~---{@





Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Muslimat

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.


Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.

Artikel asal boleh dilihat di sini

Abu Ubaidah Al-Jarrah

Nabi Muhammad telah bersabda:

"Tiap-tiap umat,ada orang yang memegang amanah.pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."


Di perkarangan pintu utama masjid Abu Ubaidah yang terletak di Jordan Valley

Abu Ubaidah merupakan seorang yang amanah dan antara orang yang pertama memeluk Islam setelah Abu Bakar,Beliau juga merupakan salah seorang daripada 10 sahabat dijamin syurga.Beliau juga merupakan pahlawan dan panglima Islam yang gagah dan jujur.

Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-jarrah berasal daripada keturunan bani Quraisy yang terhormat.Beliau seorang yang kurus,tinggi,berwajah ceria,selalu merendah diri dan pemalu.Beliau juga disenangi oleh masyarakat kerana sifatnya.Beliau terkenal dengan panggilan Abu Ubaidah.

Beliau telah menyertai pelbagai jenis peperangan bersama nabi antaranya termasuklah perang badar,uhud,yarmuk,perang kota fihl dan berjaya menakluk kawasan yang luas daripada wilayah parsi dan menakluk semula kawasan yang ditakluk Rom. Beliau juga telah menghadapi ujian yang getir,antaranya beliau terpaksa bertarung dengan ayahnya didalam perang badar.Didalam perang ini beliau telah berjaya membunuh ayahnya,hal ini telah menyebkan beliau sedih dan berdukacita.

Maka Allah berfirman di dalam Al-quran,surah mujadalah,ayat 22



"engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih sayang dengan org yang menengtang Allah dan rasul-Nya,sekalipun orang itu bapa,anak,saudara ataupun keluarga mereka.Allah telah menetapkan keimanan dalam hati meraka dan menguatkan mereka dgn semangat.Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai,mereka kekal di didalamnya.Allah reda akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya.merekalah penyokong agama Allah,ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya."

Maka legalah hati Abu Ubaidah dengan turunnya ayat ini. Beliau juga seorang yang gagah dan jujur.Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa didalam perang uhud dimana salah satu anak panah yang dilepaskan musuh telah tersangkut pada rahang Rasullah.Abu Ubaidah telah mencabut anak panah itu dengan giginya sendiri sehingga giginya tercabut.Maka Rasulullah telah memberinya gelaran gagah dan jujur.

Sifat jujurnya juga dapat dilihat ketika rombongan dari Najran datang menemui Rasullah.Mereka meminta baginda menghantar seorang sahabat yang paling boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran antara mereka dan mengajar mereka mengenai agama Islam.Baginda telah berjanji untuk menghantar orang yang paling dipercayai,gagah dan jujur.

Saidina Umar al-Khatab berharap dialah orang itu tetapi org yang dimaksudkan ialah Abu Ubaidah. Abu Ubaidah juga seorang yang zuhud dan cintakan Akhirat.hal ini dpt dibuktikan ketika khalifah Umar al-Khatab mengunjungi rumahnya di Baitulmaqdis.Apa yang ada didalam rumahnya hanyalah sebilah pedang,perisai dan pelana kuda.Beliau juga panglima yang menakluk Baitulmaqdis daripada tentera Rom.

Beliau meninggal ketika berumur 58 tahun di syam dan dikebumikan dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom.Punca kematiannya ialah wabak penyakit taun yang menyerang Syam.



Maqam "dharih" Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah . Maqam "dharih" bererti bersemadinya jasad tokoh manakala maqam sahaja mungkin bererti "tempat berdiri" (daripada perkataan qa ma = berdiri) ataupun kesan peninggalan seperti tapak kaki dan sebagainya

Sebelum meninggal dunia beliau telah berpesan kepada tenteranya,"dirikan sembahyang,tunaikan zakat,puasa di bulan ramadhan,beri derma,tunaikan ibadah haij dan umrah,dan saling nasihat menasihati.Beri nasihat kepada pemimpin kamu,jgn menipu dan jangan terpesona dengan harta dunia.Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian bagi setiap manusia,sebab itu manusia pasti mati.orang yang paling beruntung adalah org yang paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya untuk Akhirat."


*dipetik daripada novel Abu Ubaidah penakluk parsi


**penambahan daripada editor

1. Abu Ubaidah diislamkan oleh Abu Bakar sendiri. Antara sahabat yang telah diislamkan oleh Abu Bakar adalah ; Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair Al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah.

2. Sewaktu pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau pernah menggantikan Khalid Al-Walid dalam sebuah ekspedisi peperangan atas arahan Umar.

3. Negeri Syam dalam takrifan peta moden adalah negara Palestin, Jordan, Syria dan Lebanon.

4.Wabak penyakit taun yang dimaksudkan adalan "To'un 'Umwas" yang berasal dari sebuah perkampungan di Palestin. Penyaktin to'un tersebut telah menyebabkan +/- 20 000 muslimin syahid. Mengapa syahid? Berdasarkan hadith :

(Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " Mati kerana penyakit taun merupakan syahid bagi setiap orang muslim " Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3540 Rujukan :
http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1110 )


Dinding peringatan yang terletak bersebelahan dengan maqam.
Sebagai tanda bangunan masjid yang lama.

Untukmu Teman

Untukmu yang bernama teman,
Ingin aku hadiahkan sebaik-baik kalungan,
Seindah-seindah anyaman,
Dari seharum-harum bunga,
Kerana hati yang terpahat ini,
Saban hari semakin menyayangi,
Nilaian yang sama-sama kita kecapi,
Kenangan yang tak sudah-sudah kita lakari,
Kerana aku perantau,
Yang kerap menapak dan menjajah,
Walau dalam makna yang sementara,
Walau secebis semangat didada.
Contohku adalah kamu,
Kerana tamsilanmu adalah Rasulku,
Manusia agung karya Ilahi,
Pembimbing umat ke jalan abadi

Aku ingin melihat,
Rencana yang sama-sama kita bentangkan,
Bersemadi dalam hati-hati manusia,
Bersemi dalam peradaban ummah,
Tidak akan pernah cukup,
Apa yang kita lemparkan,
Kerna apa yang bakal dituntut,
Itulah yang kita khuatirkan.
Teman Bangkitkan kembali nostalgia itu,
Bersama ukhwah kita adun kembali,
Demi saat yang bakal kita miliki.
Teman,
Jangan mudah kita menafsir,
Mimpi indah kini,
Yang bukan untuk dirai,
Tetapi lihatlah ia,
Sebagai penterjemah diri,
Dikala kita beruzlah sunyi
Menghadap Ilahi.

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman




Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman




1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Saturday, November 28, 2009

عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)
NUR AMANINA RASYIDAH

29 November 1994

Happy Birthday To You



Bye Syed.....hohohoho


29 November 2009

Selamat jalan Syed... Selamat cari kwn bru.. Jgn lupa kami di sini...hohohoh

Wednesday, November 11, 2009

Happy Birthday Tini


عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Fathini binti othman
12 November 1994

Happy Birthday to you.




Thursday, October 29, 2009

Hepi Besday Qyda



عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Nurul Aqidah Binti Dahlan

30 Oktober 1994

Happy Birthday to you.

Sunday, October 25, 2009

Makan-Makan Di Rumah Cikgu Lailatul


Sebelum berangkat ke rumah cikgu...:)


Di rumah cikgu...:)




Nak balik dh..bergambar dulu..:(

Saturday, October 24, 2009

Friday, October 23, 2009

Pelancaran Program Vote YES acms


Dr Sheikh Muszaphar Shukor aka Dr SMS di Convention Hall dan di SMK Labuan



Rehat2 menunggu ceramah daripada Dr SMS

Friday, October 16, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Assalamualaikum w.b.t

Kami pelajar2 3K SMKL ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji buat tuan pengetua Encik Amar bin Che Soh dan isteri.. Semoga mendapat haji mabrur..Kami doakan tuan pengetua selamat pergi dan selamat kembali..

Sunday, October 4, 2009

Gud Luck To All

Assalamualaikum w.b.t...

Dah lama btul xberupdate blog ni...mohon maaf la sbb semua editor busy study..kepada pelajar 3K yg birthday dia tiada dlm blog ni..jgn marah la..xsmpat mau buat...nnt lps PMR para editor akan cover blk smua ya..so gud luck la kepada calon2 PMR 2009 terutama pelajar 3KAA SMKL..buat leklok..yakin pada diri..selalu berdoa..

Wednesday, September 23, 2009

Hepi Birthday Fattah


عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Abdul Fattah Nadhir
bin Abdul Razak

24 September 1994

Happy Birthday to you.

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Friday, September 11, 2009

Takziah kepada warga SMK Labuan


AL-FATIHAH kepada seorang pelajar SMK Labuan, Perkasa dari kelas 4A kerana telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi Jumaat, 11 September 2009 b'samaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah.

arwah mengalami kemalangan jalan raya akibat kena langgar motor yang seterusnya mengakibatkan severe head injury yang memberikan simptom seperti koma. (arwah koma selama dua hari sebelum kembali ke rahmatullah pagi tadi).

ada sumber yang mengatakan bahawa arwah kemalangan semasa mahu ke masjid untuk berbuka puasa. (tak tau la betul ka tak). ada juga sumber lain yang cakap lain-lain la. *hanya dia dan Allah yang mengetahui sejauh mana kebenarannya.

jom ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa. Ya Allah, peliharalah dia dari seksa kubur, dan jauhkanlah dia dari bahang kepanasan api neraka. AMIN. AL-FATIHAH.


"ckgu selalu panggil budak ni sbb tau aja la dia suka sgt berfesyen..satu hari tu ckgu panggil lg (ckgu kan guru pdg), tertarik tgk beg sekolah dia... rupanya apa je hiasan yg ada dkt baju, beg, kasut dia tu, dia jahit sendiri!
So, ckgu ckp "kamu ni Perkasa, kreatif..bljr rajin2 nanti jadi Fashion Designer"... Dia seronok sesgt smbil ckp, "terima kasih cikgu...ckgu org pertama yg puji saya..." (psl time tu x larat nak tgor dah sbb sblm ni byk kali ckgu tgur pakaian dia tu).. bila dgr ni..rasa mcm ralat jugak sbb dia ckp dia mmg nak jadi fashion dsigner masa dpn..tapi ajal..kan....hmm" - cikgu Noritah.
"paling aku suka tengok semangat sorang anak aku ni si Perkasa Bahadir.. nama Perkasa tu.. power tul haha. aku nampak dia ikhlas dan berharap nak belajar mengaji.." - ustazah Jamaliah.
gambar Perkasa dari blog ustazah Jamaliah.

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Sunday, September 6, 2009

Majlis Tadarus Al-Quran - semua pelajar 3K diWAJIBkan hadir.


sempena bulan ramadhan,
sekolah akan mengadakan
majlis tadarus al-Quran pada 12 september 2009.

semua pelajar tingkatan 3KAA diwajibkan menyertai majlis tersebut (dah lumrah pelajar kelas aliran arab. huhu.). buka puasa di sekolah.
jangan ada yang ponteng ya, bikin malu kelas saja.
3Ks, jangan kasi malu ya, sedar-sedar la diri tu kelas arab, majlis agama tak payah la ponteng.
hoho. :P


[jgn ponteng, ni aktiviti penting before kita berpisah next year, tahun terakhir dalam kelas aliran arab, so anggap ni mcm kngn kita lah. sehh ~
lets do 'something' together, for the last time, we're all in this together. wahh ~ huhuu. :P]

photo by ; pro-photographer, smookealots at flickr.

Saturday, September 5, 2009

Permohonan Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan Empat Sesi 2010

siapa mau masuk asrama penuh next year? SM Sains Labuan or yang lagi jauh, mohon la kamu. baik tu kalau kamu dapat masuk asrama penuh. cerah masa depan. tapi bye-bye la. ahahx. :)


klik untuk mohon masuk sbp scara on9 :
Sistem Permohonan Secara "Online" ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Sesi 2010.

senarai SBP mengikut aliran



Aliran yang ditawarkan. *tertakluk kepada SBP tersebut.

Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan, EST (pilihan)

Aliran Sains Tulen (Agama )
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun,
Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia,
Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST (pilihan).

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2009.

Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Sesi 2010

ni untuk ssiapa yang bercita-cita nak masuk MRSM. (fuyyoooohhhh) :P..tp siapa yg selalu xsiap homwok xyah apply la..huhuhu

Klik link kat bawah :

Kemasukan Tingkatan 4 MRSM Semenanjung

Kemasukan Tingkatan 4 MRSM Sabah & Sarawak

Thursday, September 3, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

siapa nak masuk sekolah agama? :)
Bagi memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (untuk tingkatan 3 2009), calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :

Tingkatan 4
1. Lulus Sijil PMR
2. Sekurang- kurangnya memperolehi :
3. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
4. C dalam lain-lain matapelajaran
5. Lulus ujian PAFA ( PMR )
6. Berumur 16 tahun atau kurang

Cara Memohon Masuk SMKA

1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri

2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar

3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

4. Sertakan dokumen- dokumen berikut :
i. Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
ii. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
iii.Surat Tamat Sekolah Rendah
iv.Sijil- sijil ( jika ada )

Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan. Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan. Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.
Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

PERLIS
SMKA Arau
SMKA (P) Kangar

KEDAH
SMKA Kedah
SMKA Baling
SMKA Sik
SMKA Yan

PULAU PINANG
SMKA (L) Al-Mashoor
SMKA (P) Al-Mashoor
SMKA Nibong Tebal
SMKA Al-Irsyad

KUALA LUMPUR

SMKA Kuala Lumpur

NEGERI SEMBILAN
SMKA Sheikh Haji Mohd Said
SMKA Pedas

PERAK
SMKA Sultan Azlan Shah
SMKA Slim River
SMKA Kerian

SELANGOR
SMKA Simpang Lima
SMKA Kuala Selangor
SMKA Maahad Hamidiah

MELAKA
SMKA Sharifah Rodziah
SMKA Sultan Muhammad

JOHOR
SMKA Maahad Muar
SMKA Segamat
SMKA Johor Bahru
SMKA Bandar Penawar

PAHANG

SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
SMKA Pahang

TERENGGANU
SMKA Sheikh Abdul Malik
SMKA Tok Jiring
SMKA Wataniah
SMKA Durian Guling
SMKA Kuala Abang
SMKA Nurul Ittifaq

KELANTAN
SMKA Naim Lil Banat
SMKA Falahiah
SMKA Wataniah
SMKA Melor
SMKA Tangok
SMKA Lati

SABAH

SMKA Tun Sakaran
SMKA Sandakan
SMKA Muhamad Ali Ranau
SMKA Inanam
SMKA Limauan
SMKA Kota Kinabalu
SMKA Tun Datu Mustapha
SMKA Tun Said

SARAWAK
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
SMKA Matang
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Tun Ahmad Zaidi
SMKA Limbang
SMKA Igan
SMKA Seri Aman
layari Portal Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sesi 2010

to boys, siapa2 yg teringin mau masuk MTD tahun 2010 nanti, buat la permohonan yaa. kalau kita 3K, Faizal la, mohon masuk MTD. kau kan jiwa PKBM. :D

klik untuk ke BORANG PERMOHONAN MTD SESI 2010

TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MTD BAGI TINGKATAN 4

SESI PENGAJIAN 2010

1. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.

2. Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) adalah seperti berikut:
  • a. Warganegara Malaysia.
  • Jantina - Lelaki.
  • Tinggi minimum - 152 sm.
  • Berat minimum - 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) - 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan - Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
  • Terbuka kepada pelajar lelaki yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan Percubaan PMR 2009.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera DiRaja dan menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga Akhir MTD tersebut akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2010 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

CARA MEMOHON

1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di sini secara percuma.

2. Bagi pemohon yang memohon borang permohanan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
3. Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.

4. Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

5. Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.


PROSES PENGIRAAN MARKAH UJIAN KHAS MTD (UKMTD)

1. Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Pemeriksaan kesihatan - (mesti lulus untuk mengikuti ujian fizikal)
  • Ujian Akademik = 50%
  • Ujian Fizikal = 30%
  • Penilaian Kepimpinan = 10%
  • Penilaian Sukan = 10%
Jumlah Keseluruhan = 100%

2. Pemohon yang berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD. Permohon yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan tempat pengajian di MTD dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
sumber : Laman Web Portal Maktab Tentera DiRaja