Search This Blog

Thursday, August 4, 2011

Di Sebalik Sabar




Lima yang perlu direnungi :


S : sayang kepada Allah
A : amalkan sifat mahmudah
B : beramal secara berterusan walaupun sedikit
A : Al-Quran dan sunnah sentiasa di hati

R : redha atas semua ketentuan Allah







Lima yang perlu dijauhi :



S : syaitan
A : angkuh dan sombong
B : bersifat negatif
A : angan - angan yang melalaikan
R : riak

Monday, June 6, 2011

Pelangi Selepas Hujan



alt

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


Saturday, June 4, 2011

Apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kcar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan.
Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.

Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan.

Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

iluvIslam

Friday, March 18, 2011

JePUn . . . .

Sedikit perkongsian :

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.


Rujuk di Quran.


1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan


"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.


di ambil pula lokasi latititude dan longitude.


3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53


maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6


msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..


so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.


5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.


6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Rmai yg prtikai tntg hal ini... dorg ckp jgn tafsir ikut hati.. maaf klau pndpt saya x disetujui.. saya prnh dgr ceramah 'Pemantapan Akidah Melalui Kajian Sains' kat skolah.. penceramah dia Dr. Arip Kosmo.. penulis bku pasak.. smua ceramah dia berkaitan dgn Al-quran dan sains... sbg cth.. ktua smut adalah betina.. mcm mna boleh tau ketua dia betina.. dlm Al-quran ada prkataan yg menunjukkan ktua semut mmg betina.. klau dari segi nahu arab mmg sah perkataan tu ditujukan kpd betina.. bnyk lg bukti2 berkaitan nombor dikaitkan dgn al-quran.. trpulang klau nk prcya atau x..

jd kesimpulannya.. jgn la nk gaduh tntg hal ni.. Imam Hassan Al-Banna penah kata.. 'berlapang dadalah dlm hal yang kamu xsepakati..' jka bukti ini boleh tmbh keimanan kita.. xsalah..

Thursday, March 17, 2011

.. .. sEkaDar PerKongSIan .. ..

بسم الله الرحمن الرحيم
pertama dan selamanya seinfiniti kesyukuran diratibkan ke ats Rabb ul-Izzati Tuhan sekalian alam...
selawat dan salam ke hadrat Rasulullah s.a.w krn berkat pengorbanan baginda kita dpt lg rsa pelbagai nikmat...
jika kita lihat di negara kita, rkyt hidup aman, xde brlaku bencana.. kita tgk Jepun walaupun negara dorg maju, tp bncana tetap brlaku..kita masih diberi nikmat ketenteraman.. Alhamdulillah..

sbnrnya sang penaip sendri xtau nk tulis apa.. jd di sini sang penaip mengambil kesempatan utk ucpkan takziah dan rsa simpati geng 3K trhdp Jepun.. slps tsunami gempa bumi.. lps gempa bumi loji nuklear plak yg menyebabkan kadar radiasi meningkat.. lps satu, Jepun di lnda salji plak di kala smua keadaan huru-hara.. MasyaAllah..

tp pernahkah kita trfikir bencana smua ni musibah bg menghapus dosa kta atau bala kerana kekufuran kita.. ramai yg mengeluh di saat di timpa musibah.. dan bg yg xmendapat musibah mrk seronok.. mungkin mrk alpa bhw musibah yg diturunkan adalah demi kebaikan kita.. bg sesapa yg xditimpa musibah muhasabah la diri..

konklusinya.. rkyt Malaysia jgn berbangga xditimpa bncana... jdkan apa yg brlaku di Acheh dulu.. revolusi di Iran dan yg trbaru bencana2 yg brlaku di Jepun sbg pengajaran.. brsyukur la kita krn Allah masih mengekalkan keamanan negara kita.. firman Allah '...jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah..dan jika kamu kufur tunggu la azab yang amat pedih..'

Akhir kalam, diri ini memohon kemaafan andai kata blog ini xmemuaskan hati.. insyaAllah kami akan memperbaiki blog ini.. insyaAllah media elektronik ini akan kami manfaatkan sbg medium dakwah dan pengukuhan ukhuwah.. seungguhnya seorg mukmin itu adlah yg memberi manfaat kepada org lain..

والله اعلم