Search This Blog

Friday, May 15, 2009

About

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan selamat datang ke blog ini.
Untuk pengetahuan, blog ini kepunyaan para pelajar tingkatan 3 Kreatif SMK Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Blog ini ditulis bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami, selain menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan penggunaan IT di kalangan para pelajar.

Sebagai pelajar Islam yang belajar di kelas arab (KAA) di SMK Labuan, pelbagai post berkaitan agama Islam kami paparkan di blog ini, bertujuan untuk membimbing rakan-rakan sebaya yang lain ke jalan yang benar selain bertujuan untuk memberi keinsafan kepada diri kami sendiri untuk beriman kepada Allah SWT.

Semoga anda terhibur membaca blog kami, dan tidak lupa meninggalkan jejak di "CHAT BOX" yang berada di sebelah kanan blog. Kepada sesiapa yang mempunyai laman web sendiri samada blog, laman hiburan seperti friendster, myspace dan facebook, sila "copy" kemudian "paste" code yang terdapat di sebelah kanan blog kami, kepada blog anda agar kehadiran blog kami diketahui ramai.

Sekian, terima kasih.

1 comment: