Search This Blog

Friday, July 31, 2009

Gambar

click kasi besar.
baru jelas. hehe. :)

nina dengan zulaiha, posing dekat abi ajiman.

masa buat experiment dekat makmal sains.

study group ! hari sabtu pagi di library. kalau rajin hari ahad pun ba.
sapa mau join? haha. mari ramai-ramai kita belajar sama-sama. mau PMR suda ni wei.

banyak ba rupanya gambar kita ni. haha. banyak aku kumpul sejak form 1 lagi. sehh.



dorg aritu, lepas buat pembetulan folio sejarah. masa petang tu ba di bilik APD.
HAHA.

enjoy ;)
jgn lupa sembahyang sma study ya.
bye-bye; assalamualaikum.
syg kmu smua. muahhh.


byhooo.

Thursday, July 30, 2009

Selamat Ulang Tahun Abi Man



عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Ust Abdul Rahman
bin Ahmad AlHaj

30 Julai 1967

Happy Birthday to you.


Monday, July 27, 2009

happy birthday zulaiha.

عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Siti Zulaiha binti Tahamid

27 Julai 1994

Happy Birthday to you.

Friday, July 24, 2009

Happy Birthday Hafiz Z

عيد ميلاد سعيد
(Eid milad sa'id)

Abdul Hafiz bin Zakaria
24 Julai 1994.

Happy Birthday to you.



Tuesday, July 21, 2009

H1N1 Kami Anti-Babi.


babi menyusahkan. babi haram di sisi islam. kami benci babi. babi musuh sejati kelas kami. isu panas kami adalah tentang babi. kami tak mahu mati sebab babi ! (sapa yang pegi tendang babi tadi tu baik samak kaki).

isu yang semakin hangat diperkatakan : selesema babi.


"Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia." - sumber wikipedia.


Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian? Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati? kau fikirlah....~~~

Monday, July 20, 2009

Pengumuman !

PENGUMUMAN

kepada semua pelajar tingkatan 3K yang nakal tapi baik, sila pakai baju PJ SEKOLAH esok (21 Julai 2009). pakai dari rumah ya. sila bawa bersama baju uniform walaupun semua sedia maklum yang kita tak akan tukar baju sekolah sebab malas nak pergi tukar dekat tandas yang "bersih tu". untuk pengetahuan, esok akan diadakan ujian segak bagi pelajar tingkatan tiga untuk pendidikan jasmani dan kesihatan. kelas 3 Kreatif adalah kelas pertama yang akan diuji dalam ujian tersebut.

[tapi kalau tak bawa baju sekolah pun tak pa ba kan sebab pengetua cakap kesalahan bulan ni masih boleh dimaafkan. mari ramai-ramai langgar peraturan sekolah buat kali terakhir. - nasihat ini haruslah DIABAIKAN oleh anda semua kerana penulis tidak sanggup bertanggungjawab sekiranya semua pelajar 3K didenda sebab enggan menukar pakaian ke pakaian sekolah-].

SEKIAN, harap maklum.

Laporan Aktiviti Hari Ahad 19 Julai 2009.

gambar hari ahad lepas 19 Julai 2009

masa ustaz buat ujian lisan bahasa arab dari jam 7:30 hingga 8:30 lepastu terus main futsal kat depan sekolah sampai penat. yang perempuan pulak jadi anak solehah tak keluar kelas dan terus hias kelas macam rumahku syurgaku sambil tengok syurga cinta cetak rompak dengan sound effect yang hebat menggunakan loudspeaker pak ajiman.

tengok la sendiri gaya pemain futsal 3K yang pernah jadi juara futsal SMK Labuan yang lagaknya seperti pemain MU yang dah kalahkan Malaysia 3-2 pada malam sebelum tu.

*KLIK GAMBAR UNTUK KASI BESAR.

ustaz abd rahman


akmal kasi gol. xD


salihin & syed ar

ustaz abd rahman ahmad al-haj aka pak ajiman


nyna & qyda ; borong roti dekat rotimas lepas ujian lisan.

hasil kerja pelajar perempuan masa korang main futsal kat dataran mutiara. kreatif kan? hehe.
jangan kasi rosak ya. penat kami buat. [padahal aku releks ja]. :)


nak tengok lebih-lebih, pegi dekat flickr.com/nbha lah. aku malas nak upload gambar banyak-banyak dekat sini. buang masa. belajar lagi baik. uisehhh.

sekian, mekaseh.

Thursday, July 16, 2009

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, July 12, 2009

Wajarkah Pelajar Institusi Bercinta?

tiap hari masa perhimpunan mesti cikgu akan cakap pasal couple dan pelajar smk labuan berlainan jantina yang berpegang tangan. hampir hari-hari cikgu sebut pasal perkara ni. sampai ada satu hari pelajar perempuan kena tunggu di tapak perhimpunan dan pelajar lelaki boleh balik ke kelas. untuk apa? cuci minda pelajar perempuan agar menjaga maruah mereka. harap lepas ni semua pelajar boleh faham dengan nasihat cikgu jadi tak payah lah kita berdiri lama-lama dekat tapak perhimpunan tu yang panas tu.

Wajarkah Pelajar Institusi Bercinta?


Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara'. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.

Bercouple seolah2 sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab2 yang di haruskan syarak. Lain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama tunang pun masih haram keluar bersama tanpa di temani oleh mahram.

Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.

Sekadar Renungan

Kenapa org buat program Jangan Lupa Lirik??
Kenapa dorg x buat Jangan Lupa Allah???
Jangan Lupa Surah Al-Quran ka..
pelik kan...
dh la program yg melalaikan org lbh ska..huhu..
cba la buat program ketuhanan skit...
dpt la jga pahala...ni buat Jangan Lupa Lirik..dh la dpt dosa...huhu
pelik btul org Islam skrg...


Saturday, July 11, 2009

Terjemahan Al-Quran & Keutamaan Azan

sesiapa yang mahukan terjemahan kitab suci Al-Quran secara online,
sila klik : sini

Keutamaan azan

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

�Tiada seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.�

Sabdanya lagi:

�Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.�

Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:

�Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.�

�Dan pada kata-kata �Qadqamatis-Solah' dijawab pula:

�Semoga Allah mendirikannya (solat) dan mengekalkannya.�

Dan pada kata-kata: �Ash-Solatu Khairun Minan-naum' pula dijawab:

�Engkau telah berkata benar dan berbakti.�

Sesudah azan, hendaklah ia membaca:

�Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.�

Assalamualaikum

KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI AZIZUL HAKIM. DIA KIRIM SALAM DENGAN LAFAZ ASSALAMUALAIKUM. TQ

Friday, July 10, 2009

Futsal 5-6-2009 (AHAD)




Kenapa gambar Amnan ja banyak? Pelik juga..

Saturday, July 4, 2009